Kehidupan awal Jasmine_Suraya_Chin

Dilahirkan pada 10 November 1989 di Kuching, Sarawak, Jasmine Suraya ialah anak tunggal dalam keluarganya. Nama ‘Jasmine Suraya’ dipilih untuk beliau kerana nama ‘Suraya’ ialah nama rakan karib ibunya ketika mereka belajar bersama di universiti luar negara.[4] Beliau mendapat keputusan 10A Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di S.M.K. Batu Lintang dan melanjutkan pelajaran di Universiti Monash, Melbourne, Australia yang mana beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains dan Ekonomi.

Pada tahun 2003, ketika berusia 14 tahun, Jasmine pernah mewakili Sarawak dalam sukan boling 10 pin dan pernah mewakili negeri di Pertandingan Kejohanan Junior Milo Kebangsaan.[4]

Sebelum menceburi bidang lakonan, beliau pernah bekerja sebagai seorang wartawan di The Borneo Post selama setahun setengah.[5]

Rujukan

WikiPedia: Jasmine_Suraya_Chin http://www.azhan.co/biodata-jasmine-suraya-chin-ho... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/so-daring... http://www.astroawani.com/video-hiburan/filem-pask... http://www.dailyseni.com/v4/malaysian-film-return-... http://www.imdb.com/name/nm8256552/ http://www.jasminesurayachin.com/index.html http://www.jasminesurayachin.com/media.html http://www.kosmo.com.my/hiburan/i-kl-wangan-i-sara... http://www.sinarharian.com.my/nasional/siapa-penya... https://www.facebook.com/jasminesurayachin